Monday, May 4, 2009

WEEK 2

GGGB5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Aktiviti 2.



Setelah mengikuti kursus Kaedah Mengajar, masalah utama yang dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk:

1. Terlalu bergantung kepada penggunaan ICT/ komputer riba (laptop) dalam pengajaran
2. Kaedah pengajaran yang bersifat satu hala, lebih menjurus kepada kaedah ‘lecture’ dan tiada penglibatan pelajar sewaktu pengajaran dan pembelajaran

Penambahbaikan yang perlu dilakukan:
1. Perlu mengurangkan kebergantungan kepada teknologi semata-mata dengan menggunakan kaedah alternatif iaitu alat bantu mengajar (ABM) seperti kadbod, manila kad, kertas mahjung, ‘flash card’ dan sebagainya.
2. Perlu melibatkan pelajar-pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan kaedah ‘student centered learning’ dan pengajaran yang bersifat dua hala.


Pelan tindakan:

Matlamat: Melahirkan guru yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan dinamik.

Objektif:
1. Melahirkan guru yang lebih kreatif dan kritis dalam penggunaan pelbagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Memperbaiki hubungan antara guru dan para pelajar melalui kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
3. Mewujudkan ikatan ukhwah yang lebih baik dan mesra supaya sebarang masalah dapat diselesaikan bersama


Langkah-langkah yang perlu diambil:

1. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan ICT/ komputer riba dalam pengajaran, pertama sekali kita perlu memikirkan kaedah alternatif iaitu dengan menggunakan ABM seperti manila kad, kertas mahjong, model dan sebagainya yang dapat dibuat sendiri atau didapati di pasaran. Bahan-bahan ini dapat digunakan sekalipun kawasan tertentu ketiadaan kemudahan bekalan elektrik.
2. Melalui ABM ini juga, kita mengurangkan cara pengajaran yang bersifat satu hala apabila menggunakan komputer riba semata-mata. Ini adalah kerana, penggunaan ABM ini memerlukan guru untuk merangka suatu aktiviti agar para pelajar dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas apa yang cuba disampaikan. Sedangkan dengan penggunaan komputer riba, segala animasi dapat disampaikan mengakibatkan guru tidak perlu melakukan apa-apa aktiviti tambahan. Perkara ini yang telah menyebabkan pengajaran menjadi satu hala sahaja.
3. Kaedah pengajaran bersifat dua hala atau ‘student centered learning’ boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara antaranya ialah ‘Jigsaw’, ‘Think-Pair-Share’, ‘Brain Storming’ dan ‘Cooperative Learning’.


Pengumpulan data:
1. Mendapatkan buku-buku atau bahan bacaan lain berkaitan penggunaan ABM dan kaedah pengajaran ‘Student Centered’ dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya P&P lebih berkesan.
2. Perlu mempraktikkan apa yang telah dibaca berkenaan ABM dan kaedah pengajaran ‘Student Centered’ sewaktu kelas Pengajaran Mikro dan Makro.
3. Selain itu, respon rakan-rakan juga boleh dijadikan penanda aras sejauh mana kemajuan atau tahap yang dicapai.


Pemantauan pelaksanaan:
1. Memastikan kepelbagaian penggunaan ABM dalam pengajaran dan tidak tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja.
2. Melalui kerjasama rakan-rakan dengan memberi respon terhadap cara pengajaran.


Penilaian pelaksanaan (sama ada mencapai objektif atau tidak):
1. Melalui teguran atau respon daripada pensyarah dan rakan-rakan berhubung cara pengajaran dan sama ada mereka dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan dengan mudah.
2. Melihat semula objektif sama ada telah tercapai atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment