Monday, May 4, 2009

WEEK 2

GGGB5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Aktiviti 1.



Setelah mengikuti program BIG, masalah utama yang dikenalpasti dalam diri saya ialah:
1. Komunikasi antara ahli kumpulan
2. Kepercayaan sesama ahli kumpulan


Penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri:
1. Perlu meningkatkan komunikasi berkesan supaya maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami dengan mudah dan tidak menimbulkan salah faham serta perselisihan sesama ahli.
2. Perlu mengenali diri rakan dengan lebih baik tanpa mengira umur dan jantina agar dapat meningkatkan kepercayaan terhadap rakan-rakan.


Pelan tindakan:

Matlamat: Melahirkan guru yang lebih berketrampilan dan serba boleh dari semua aspek.

Objektif:
1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dari segi hubungan sesama rakan
2. Memperbaiki hubungan antara rakan-rakan dalam satu pasukan
3. Mewujudkan ikatan ukhwah yang lebih baik dan mesra supaya sebarang masalah dapat diselesaikan bersama


Langkah-langkah yang perlu diambil:

A) Komunikasi antara ahli kumpulan.
1. Bagi meningkatkan komunikasi berkesan antara ahli, pertama sekali saya perlu menggunakan bahasa yang lebih ringkas namun mudah difahami dan ‘straight to the point’ supaya maklumat atau idea yang ingin disampaikan dapat diterima dengan mudah oleh orang lain.
2. Bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham, bahasa yang dituturkan dan intonasi suara juga perlu dijaga walaupun berada dalam keadaan tertekan atau cemas supaya tiada pihak yang tersinggung.

B) Kepercayaan sesama ahli kumpulan
1. Pertama sekali, saya perlulah mengenali diri rakan-rakan dengan lebih baik tanpa mengira umur dan jantina.
2. Saya perlu bergaul dengan lebih ramai rakan di luar kelompok sedia ada dan memahami karakter, latar belakang mereka serta menerima diri mereka seadanya supaya kemesraan dan kepercayaan dapat dicapai.
3. Bagi mencapai kepercayaan ini, saya perlu lebih terbuka bergaul dengan rakan-rakan yang mungkin agak kurang rapat.


Pengumpulan data:
1. Komunikasi dapat ditingkatkan dengan cara mempraktikkan dalam kehidupan seharian
2. Selain itu, saya juga perlu mendaptkan buku-buku atau bahan bacaan lain berkaitan komunikasi berkesan
3. Saya juga perlu banyak membaca dan mendapatkan maklumat berkaitan kerja berkumpulan kerana melalui kerja kumpulan dan pembahagian tugas, kepercayaan terhadap peranan yang dibawa oleh setiap ahli itu dapat difahami
4. Selain itu, respon rakan-rakan juga boleh dijadikan penanda aras sejauh mana kemajuan atau tahap yang dicapai.


Pemantauan pelaksanaan:
1. Memperbaiki kelemahan dari segi penggunaan bahasa melalui respon rakan
2. Memastikan saya menggunakan bahasa yang neutral dan tidak menyinggung mana-mana pihak
3. Keluar dari kelompok biasa rakan-rakan dan memastikan diri saya bergaul dengan lebih ramai rakan yang kurang saya kenali sebelum ini


Penilaian pelaksanaan (sama ada mencapai objektif atau tidak):
1. Melalui teguran atau respon daripada rakan-rakan berhubung cara komuniksi dan sama ada mereka dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan dengan mudah
2. Sebagai permulaan, saya akan memastikan saya mengenali latar belakang dan negeri asal rakan-rakan

No comments:

Post a Comment