Saturday, May 9, 2009

WEEK 3

GB 5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Topik: Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan.


Konsep Perubahan dalam Pendidikan.

- Perubahan dalam pendidikan merupakan proses yang tidak dapat dielakkan. Perubahan didapati telah menggambarkan cirri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan (Oliver, 1996).
- Kadang kala perubahan ini mewujudkan ketidakpastian. Ketidakpastian haruslah dielakkan kerana dikhuatiri akan menjatuhkan masa depan generasi muda.
- Pendidikan merupakan satu bidang yang dinamik, ia tidak statik dimana orang yang dinamik sentiasa faham bahawa perubahan akan sentiasa berlaku. Maka, medium perubahan merupakan ‘research’ atau kajian tindakan.


Jenis-jenis perubahan.

Terdapat 4 jenis perubahan menurut Dessler (1995):

1) Perubahan ke arah peningkatan.
-memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti perubahan dalam struktur organisasi, perubahan untuk memperkenalkan teknologi baru atau program-program untuk meningkatkan produktiviti staf

2) Perubahan strategik organisasi
- melibatkan keseluruhan organisasi sepertimendefinisi semula peranan organisasi, perubahan nilai teras dan pembentukan semula misi dan visi. Organisasi dikatakan berubah apabila persekitaran berubah.

3) Perubahan reaktif
- berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders). Melibatkan tuntutan dari pihak berkepentingan terhada sesuatu isu atau polisi yang memerlukan polisi itu diubah.

4) Perubahan akibat jangkaan.
- berlaku kerana terdapat kesedaran di kalangan pengurusan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetetif, bukan disebabkan desakan pihak lain. Antara contohnya, persaingan, perubahan trend kerja dan perubahan polisi.


Perubahan adalah kompleks

-Ia dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi.
-Perubahan secara evolusi menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang
-Kompleksiti ini merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk melaksanakan perubahan.


Perubahan itu Multidimensi

Sebarang keputusan yang diambil untuk melakukan perubahan memerlukan pertimbangan sewajarnya.
Antara pertimbangan itu ialah mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami, iaitu:

1. Tujuan perubahan
2. Unit perubahan
3. Sifat perubahan
4. Magnitud perubahan
5. Skop perubahan
6. Jangkamasa perubahan


Model-model perubahan

A) Model Penggabungan Roger

-Model ini mengatakan bahawa masalah / keperluan perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum proses inovasi bermula. Kemudian penyiasatan dan cara penyelesaian masalah akan dijalankan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak seterusnya menghasilkan inovasi.
-Inovasi mungkin juga terhasil daripada amalan praktikal dimana pengamal mencari jawapan kepada masalah yang timbul. Ini dikatakan knowing-in-action.

B) Model Kanter (1998)

Model ini membahagikan inovasi kepada 4 tugas utama supaya dapat difahami dengan lebih baik:

1) Penjanaan idea
2) Membina idea
3) Realisasi idea
4) Pemindahan idea

C)Model Rand

Model ini mengatakan bahawa tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan. Menurut Berman dan McLaughlin (1978), proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:

1) Daya usaha
2) Implementasi
3) Penggabungan

D) Model Acot
Model ini berdasarkan projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT) iaitu kajian pengenalan computer dalam bilik darjah. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa perubahan dalam P&P telah berkembang secara beransur-ansur. Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam P&P iaitu:

1) Kemasukan (entry)
2) Memilih
3) Menyesuaikan
4) Penggunaan
5) Mereka cipta (invention)



No comments:

Post a Comment