Wednesday, May 13, 2009

About Tugasan 2

Ulasan & Analisis Artikel Jurnal Kajian Tindakan

Tarikh akhir: 26 Mei 2009
Tugasan:
  • dapatkan 3 artikel jurnal (luar negara) berkenaan kajian tindakan dalam pendidikan
  • lakukan perbandingan (persamaan & perbezaan), penganalisisan, penilaian, rumusan & sintesis dari segi sampel, seting, prosedur kajian tindakan, pengumpulan & penganalisisan data
  • laporkan dalam blog
  • disokong dengan sumber bacaan lain --> buku kajian tindakan

WEEK 4

Langkah-langkah dalam proses Kajian Tindakan

Langkah-langkah dalam proses kajian tindakan

Saturday, May 9, 2009

WEEK 3

GB 5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Topik: Pengurusan Perubahan dalam Pendidikan.


Konsep Perubahan dalam Pendidikan.

- Perubahan dalam pendidikan merupakan proses yang tidak dapat dielakkan. Perubahan didapati telah menggambarkan cirri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan (Oliver, 1996).
- Kadang kala perubahan ini mewujudkan ketidakpastian. Ketidakpastian haruslah dielakkan kerana dikhuatiri akan menjatuhkan masa depan generasi muda.
- Pendidikan merupakan satu bidang yang dinamik, ia tidak statik dimana orang yang dinamik sentiasa faham bahawa perubahan akan sentiasa berlaku. Maka, medium perubahan merupakan ‘research’ atau kajian tindakan.


Jenis-jenis perubahan.

Terdapat 4 jenis perubahan menurut Dessler (1995):

1) Perubahan ke arah peningkatan.
-memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi seperti perubahan dalam struktur organisasi, perubahan untuk memperkenalkan teknologi baru atau program-program untuk meningkatkan produktiviti staf

2) Perubahan strategik organisasi
- melibatkan keseluruhan organisasi sepertimendefinisi semula peranan organisasi, perubahan nilai teras dan pembentukan semula misi dan visi. Organisasi dikatakan berubah apabila persekitaran berubah.

3) Perubahan reaktif
- berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders). Melibatkan tuntutan dari pihak berkepentingan terhada sesuatu isu atau polisi yang memerlukan polisi itu diubah.

4) Perubahan akibat jangkaan.
- berlaku kerana terdapat kesedaran di kalangan pengurusan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetetif, bukan disebabkan desakan pihak lain. Antara contohnya, persaingan, perubahan trend kerja dan perubahan polisi.


Perubahan adalah kompleks

-Ia dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi.
-Perubahan secara evolusi menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang
-Kompleksiti ini merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk melaksanakan perubahan.


Perubahan itu Multidimensi

Sebarang keputusan yang diambil untuk melakukan perubahan memerlukan pertimbangan sewajarnya.
Antara pertimbangan itu ialah mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan. Terdapat 6 dimensi yang perlu difahami, iaitu:

1. Tujuan perubahan
2. Unit perubahan
3. Sifat perubahan
4. Magnitud perubahan
5. Skop perubahan
6. Jangkamasa perubahan


Model-model perubahan

A) Model Penggabungan Roger

-Model ini mengatakan bahawa masalah / keperluan perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum proses inovasi bermula. Kemudian penyiasatan dan cara penyelesaian masalah akan dijalankan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak seterusnya menghasilkan inovasi.
-Inovasi mungkin juga terhasil daripada amalan praktikal dimana pengamal mencari jawapan kepada masalah yang timbul. Ini dikatakan knowing-in-action.

B) Model Kanter (1998)

Model ini membahagikan inovasi kepada 4 tugas utama supaya dapat difahami dengan lebih baik:

1) Penjanaan idea
2) Membina idea
3) Realisasi idea
4) Pemindahan idea

C)Model Rand

Model ini mengatakan bahawa tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan. Menurut Berman dan McLaughlin (1978), proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:

1) Daya usaha
2) Implementasi
3) Penggabungan

D) Model Acot
Model ini berdasarkan projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT) iaitu kajian pengenalan computer dalam bilik darjah. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa perubahan dalam P&P telah berkembang secara beransur-ansur. Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam P&P iaitu:

1) Kemasukan (entry)
2) Memilih
3) Menyesuaikan
4) Penggunaan
5) Mereka cipta (invention)



AKTIVITI KERJA KUMPULAN

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelesaian


Sebab:
  1. Sikap manusia yang malas berubah (suka duduk di dalam zon selesa)
  2. Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza (ragam juga berbeza-beza)
  3. Tahap kebolehan atau keupayaan manusia yang berbeza (ada yang hebat, sederhana & biasa-biasa sahaja)
  4. Perasaan tidak suka (atau benci) kepada orang yang mencadangkan atau melakukan perubahan
  5. Berfikiran negatif (Tidak yakin perubahan mampu membawa impak yang positif)
  6. Kaedah/cara pelaksanaan perubahan yang tidak atau kurang sesuai
  7. Perubahan memerlukan sumber kewangan yang besar (Selalu dikaitkan, perubahan yang besar menggunakan peruntukan yang besar)
  8. Perubahan yang membawa kesan negatif

Cara Penyelesaian:

  1. Ubah sikap, jangan asyik mahu selesa
  2. ‘Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam’. Memang tak dapat memuaskan hati semua pihak. Cara terbaik ialah ikut majoriti, amalkan demokrasi
  3. Bersikap adil, setiap perubahan perlu mengambil kira tahap kebolehan/keupayaan semua pihak
  4. ‘Jangan tengok orang yang bercakap, tapi tengok apa yang orang tu cakap’ supaya mengelakkan kita terikut-ikut perasaan tidak menyukai seseorang itu
  5. Fikir positif. Perubahan tidak semestinya membawa impak yang negatif
  6. Cari dan kaji kaedah/cara pelaksanaan yang sesuai & buat perubahan secara berperingkat. Elakkan membuat perubahan yang drastik, gunalah strategi
  7. Menurut Teori Ketidaktentuan dalam Perubahan (teori baru), kadangkala benda yang kecil mampu membawa perubahan yang besar, manakala benda yang besar mungkin hanya membawa perubahan yang kecil.
  8. Kalau dah jelas perubahan membawa impak yang negatif, memang terpaksa menentang perubahan!

Monday, May 4, 2009

WEEK 2

Rekabentuk Kajian Tindakan

Doc 2


Action Research Cycle (Kitaran Kajian Tindakan)

Kajian Tindakan merupakan proses yang berterusan (Continued Action for Improvement) di mana penambahbaikan dilakukan pada setiap kitaran selepas dilakukan refleksi untuk memperoleh hasil yang lebih baik dari semasa ke semasa. Antara bentuk-bentuk kitaran tersebut:
Kemmis & McTaggart, 1988.

Coghlan & Brannick, 2001.

WEEK 2

GGGB5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Aktiviti 2.



Setelah mengikuti kursus Kaedah Mengajar, masalah utama yang dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk:

1. Terlalu bergantung kepada penggunaan ICT/ komputer riba (laptop) dalam pengajaran
2. Kaedah pengajaran yang bersifat satu hala, lebih menjurus kepada kaedah ‘lecture’ dan tiada penglibatan pelajar sewaktu pengajaran dan pembelajaran

Penambahbaikan yang perlu dilakukan:
1. Perlu mengurangkan kebergantungan kepada teknologi semata-mata dengan menggunakan kaedah alternatif iaitu alat bantu mengajar (ABM) seperti kadbod, manila kad, kertas mahjung, ‘flash card’ dan sebagainya.
2. Perlu melibatkan pelajar-pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan kaedah ‘student centered learning’ dan pengajaran yang bersifat dua hala.


Pelan tindakan:

Matlamat: Melahirkan guru yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan dinamik.

Objektif:
1. Melahirkan guru yang lebih kreatif dan kritis dalam penggunaan pelbagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Memperbaiki hubungan antara guru dan para pelajar melalui kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
3. Mewujudkan ikatan ukhwah yang lebih baik dan mesra supaya sebarang masalah dapat diselesaikan bersama


Langkah-langkah yang perlu diambil:

1. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan ICT/ komputer riba dalam pengajaran, pertama sekali kita perlu memikirkan kaedah alternatif iaitu dengan menggunakan ABM seperti manila kad, kertas mahjong, model dan sebagainya yang dapat dibuat sendiri atau didapati di pasaran. Bahan-bahan ini dapat digunakan sekalipun kawasan tertentu ketiadaan kemudahan bekalan elektrik.
2. Melalui ABM ini juga, kita mengurangkan cara pengajaran yang bersifat satu hala apabila menggunakan komputer riba semata-mata. Ini adalah kerana, penggunaan ABM ini memerlukan guru untuk merangka suatu aktiviti agar para pelajar dapat melihat dan memahami dengan lebih jelas apa yang cuba disampaikan. Sedangkan dengan penggunaan komputer riba, segala animasi dapat disampaikan mengakibatkan guru tidak perlu melakukan apa-apa aktiviti tambahan. Perkara ini yang telah menyebabkan pengajaran menjadi satu hala sahaja.
3. Kaedah pengajaran bersifat dua hala atau ‘student centered learning’ boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara antaranya ialah ‘Jigsaw’, ‘Think-Pair-Share’, ‘Brain Storming’ dan ‘Cooperative Learning’.


Pengumpulan data:
1. Mendapatkan buku-buku atau bahan bacaan lain berkaitan penggunaan ABM dan kaedah pengajaran ‘Student Centered’ dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya P&P lebih berkesan.
2. Perlu mempraktikkan apa yang telah dibaca berkenaan ABM dan kaedah pengajaran ‘Student Centered’ sewaktu kelas Pengajaran Mikro dan Makro.
3. Selain itu, respon rakan-rakan juga boleh dijadikan penanda aras sejauh mana kemajuan atau tahap yang dicapai.


Pemantauan pelaksanaan:
1. Memastikan kepelbagaian penggunaan ABM dalam pengajaran dan tidak tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja.
2. Melalui kerjasama rakan-rakan dengan memberi respon terhadap cara pengajaran.


Penilaian pelaksanaan (sama ada mencapai objektif atau tidak):
1. Melalui teguran atau respon daripada pensyarah dan rakan-rakan berhubung cara pengajaran dan sama ada mereka dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan dengan mudah.
2. Melihat semula objektif sama ada telah tercapai atau sebaliknya.

WEEK 2

GGGB5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Aktiviti 1.



Setelah mengikuti program BIG, masalah utama yang dikenalpasti dalam diri saya ialah:
1. Komunikasi antara ahli kumpulan
2. Kepercayaan sesama ahli kumpulan


Penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri:
1. Perlu meningkatkan komunikasi berkesan supaya maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami dengan mudah dan tidak menimbulkan salah faham serta perselisihan sesama ahli.
2. Perlu mengenali diri rakan dengan lebih baik tanpa mengira umur dan jantina agar dapat meningkatkan kepercayaan terhadap rakan-rakan.


Pelan tindakan:

Matlamat: Melahirkan guru yang lebih berketrampilan dan serba boleh dari semua aspek.

Objektif:
1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dari segi hubungan sesama rakan
2. Memperbaiki hubungan antara rakan-rakan dalam satu pasukan
3. Mewujudkan ikatan ukhwah yang lebih baik dan mesra supaya sebarang masalah dapat diselesaikan bersama


Langkah-langkah yang perlu diambil:

A) Komunikasi antara ahli kumpulan.
1. Bagi meningkatkan komunikasi berkesan antara ahli, pertama sekali saya perlu menggunakan bahasa yang lebih ringkas namun mudah difahami dan ‘straight to the point’ supaya maklumat atau idea yang ingin disampaikan dapat diterima dengan mudah oleh orang lain.
2. Bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham, bahasa yang dituturkan dan intonasi suara juga perlu dijaga walaupun berada dalam keadaan tertekan atau cemas supaya tiada pihak yang tersinggung.

B) Kepercayaan sesama ahli kumpulan
1. Pertama sekali, saya perlulah mengenali diri rakan-rakan dengan lebih baik tanpa mengira umur dan jantina.
2. Saya perlu bergaul dengan lebih ramai rakan di luar kelompok sedia ada dan memahami karakter, latar belakang mereka serta menerima diri mereka seadanya supaya kemesraan dan kepercayaan dapat dicapai.
3. Bagi mencapai kepercayaan ini, saya perlu lebih terbuka bergaul dengan rakan-rakan yang mungkin agak kurang rapat.


Pengumpulan data:
1. Komunikasi dapat ditingkatkan dengan cara mempraktikkan dalam kehidupan seharian
2. Selain itu, saya juga perlu mendaptkan buku-buku atau bahan bacaan lain berkaitan komunikasi berkesan
3. Saya juga perlu banyak membaca dan mendapatkan maklumat berkaitan kerja berkumpulan kerana melalui kerja kumpulan dan pembahagian tugas, kepercayaan terhadap peranan yang dibawa oleh setiap ahli itu dapat difahami
4. Selain itu, respon rakan-rakan juga boleh dijadikan penanda aras sejauh mana kemajuan atau tahap yang dicapai.


Pemantauan pelaksanaan:
1. Memperbaiki kelemahan dari segi penggunaan bahasa melalui respon rakan
2. Memastikan saya menggunakan bahasa yang neutral dan tidak menyinggung mana-mana pihak
3. Keluar dari kelompok biasa rakan-rakan dan memastikan diri saya bergaul dengan lebih ramai rakan yang kurang saya kenali sebelum ini


Penilaian pelaksanaan (sama ada mencapai objektif atau tidak):
1. Melalui teguran atau respon daripada rakan-rakan berhubung cara komuniksi dan sama ada mereka dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan dengan mudah
2. Sebagai permulaan, saya akan memastikan saya mengenali latar belakang dan negeri asal rakan-rakan

Saturday, May 2, 2009

Tugasan 1 "Ulasan Buku"

WEEK 1: Tugasan "Ulasan Buku Action Research":

Nama pengarang : Ernest T. Stringer
Tahun terbitan : 2007
Tajuk buku : Action Research Third Edition
Negeri penerbit : California
Nama penerbit : SAGE Publications


Regards,Hamizah Liyana binti Anwar
P48579
Biology (English)
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
Universiti Kebangsaan Malaysia

Friday, May 1, 2009

WEEK 1

GGGB 5023 Kajian Tindakan dalam Pendidikan

Konsep:

Kajian atau penyelidikan boleh didefinisikan sebagai proses atau langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis sesuatu data/maklumat untuk mendapat dan meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik atau isu tertentu.

Manakala Kajian Tindakan pula boleh ditakrifkan sebagai satu proses di mana seseorang guru (dalam konteks pendidkan) meneliti/ menyelidik/ mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan (bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar) dan perkembangan profesional.

Proses yang diperkatakan melibatkan beberapa pusingan yang berterusan, di mana sekurang-kurangnya 3 pusingan perlu dilakukan.

Reflect --> Plan --> Act --> Observe --> Reflect --> Plan (revised) --> Act --> Observe --> Reflect --> (proses ini berterusan sehinggalah ia mencapai kesempurnaan - Continued Action for Improvement)

Jenis-jenis Kajian Tindakan:
  1. Kajian Tindakan oleh guru secara individu
  2. Kolaboratif (fokus kepada 1 isu dalam 1 bilik darjah ATAU 1 masalah yang sama dalam bilik darjah yang berlainan)
  3. Peringkat sekolah (fokus kepada 1 isu yang sama di peringkat sekolah)
  4. Peringkat daerah

Mengapa Kajian Tindakan penting kepada guru?
  • tambah pengetahuan
  • tambah baik amalan (praktis)
  • debatkan sesuatu polisi
  • bina kemahiran melakukan penyelidikan